
MENGENAI KAMI
NZ Food And Beverages (NZ) merupakan sebuah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terletak di Lekir, Perak dan telah ditubuhkan pada tahun 2017. Syarikat kami beroperasi selama 5 hari seminggu dan menghasilkan 3000 botol air minuman buah-buahan setiap hari. Seluruh proses bagi penghasilan minuman buah-buahan tersebut telah dijalankan oleh kilang kami sendiri berserta kerjasama daripada pihak Original Equipment Manufacturer (OEM) bagi memenuhi permintaan pengguna.
NZ dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Bumiputera yang berhasrat untuk menjadi peneraju industri minuman di Malaysia. NZ merupakan sebuah kilang 2500 kaki persegi yang terletak di Bengkel pemprosesan Jus, Pusat Latihan Pertanian Lekir, Batu 9 Lekir, 32020 Sitiawan, Perak. NZ dilengkapi dengan mesin elektrik dan hidraulik sebagai mekanisme untuk menghasilkan minuman buah-buahan dengan lebih cekap dan efisien. Ini bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah konsisten dan mencapai kualiti yang ditetapkan.


Muhammad Ikmal dengan kelulusan Diploma Intrumentasi Proses dan Kawalan dari German Malaysian Institute (GMI) mendapat ilham dan sokongan daripada ayah beliau, Ahmad Zaki telah menubuhkan syarikat pengeluar jus, NZ Food and Beverage pada tahun 2017. Dengan permintaan yang luas terhadap jus keluaran muslim, telah menjadi tanggungjawab beliau untuk menghasilkan jus yang halal dan berkualiti. Beliau berhasrat untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada generasi millennial bumiputera khususnya muslim pada masa yang sama meningkatkan hasil keluaran produk 100% bumiputera muslim.




Produk NZ merupakan 100% produk buatan Malaysia dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Pertanian. NZ telah memperoleh pensijilan daripada MeSTI yang menjadi jaminan terhadap keselamatan produk yang dikeluarkan malah produk Norza`s telah mendapat pensijilan Halal yang diiktiraf oleh pihak JAKIM sejak 2019.